Monday, 26 May 2014

cAkaP sEnang taPi..



"Aku terima nikahnya Ungku Madihah Farhana bt Ungku Muhammad Mahdi Farhan dengan mas kahwin senaskah al-Quran dan sepasang telekung." Dengan sekali lafaz, aku kini sah menjadi miliknya. Tapi apakah mungkin aku akan menjadi penyeri hatinya?? Berjayakah aku membuatkan dia menerima aku seperti mana aku menerima kehadirannya dalam hidup aku??? Bagaimanakah nasibku selepas ini yang kini kehidupanku hanya buatnya??? Buat tuan empunya nama Ahmad Kayrail Hayat bin Ahmad Sulaiman Zakaria.Nama saja cukup membuatkan aku gerun.. nama yang jarang-jarang aku dengar.. Namun aku akur dengan keputusan yang dilakukan oleh ayahandaku.. Sebagai anak, aku tidak mampu menolak permintaannya.. meski bukan ayahanda yang membesarkan aku, tapi dialah punca mengapa aku wujud didunia ini. "Kamu jangan takut ya sayang. Ibunda yakin kok, kamu pasti bahagia bersama suami kamu nanti.. Gimanapun nanti, ibunda sama ayahanda sama kakak-kakak kamu sayang sama kamu ya sayang" aku hanya tersenyum nipis saat mendengar pesanan ikhlas seorang ibu pada anak kesayangannya.. Walaupun aku dibesarkan di Malaysia bersama keluarga susuanku, namun keluarga kandungku tidak pernah mengabaikan aku sama sekali. "Ehem!!" terperanjat aku dek cara teguran itu. Dan tanpa menoleh, aku kenal suara deheman itu. Ya! Suara pemilik diri dan hati ini. "Jauh kau termenung, kan? Aaa.. Aku tahu apa yang kau menungkan tu. Mesti kau bayangkan apa yang bakal berlaku antara kita malam ni kan? You know, dalam bilik 'kita', berdua, kau, aku, takde orang lain. Kan" Sinis si dia bersuara. Saja menekankan perkataan 'kita'. Macam aku pekak sangat. "Ye! memang jauh saya temenung. Tapi untuk saya bayangkan apa yang awak katakan tadi, memang tak la. Saya ni perempuan, lain lah kalau pihak 'lelaki' yang bayangkan sedemikian" Balasku sambil menekankan perkataan 'lelaki' dan menjeling kepada si dia. "Don't get me wrong, my lovely wife" disentuhnya dagu aku dan aku dengan segera menepis tangannya. "Aku memang tak perlu bayangkan semua tu. Memang aku dah bersedia untuk kau malam ni." Katanya sebelum beredar. "Hah! jangan kau nak cari alasan untuk mengelak dari aku pulak malam ni. I'll be waiting for you, Ungku Madihah Farhana". Sedikit melenting kata-katanya tadi sebelum mengatur langkahnya ke hadapan, ke ruang majlis perkahwinan kami. "Waduh! Udah bercanda kamu ya sama si suami" Aduh!!! Sejak bila pulak eyang ada kat sini? Jangan-jangan, perbualan kami pun eyang dah dengar? Macam mana ni? "Eyang! Mana ada lah eyang. Bual-bual kosong je." Kosong sangat ke apa yang kami bualkan tu? Entah la. "Ngak pa-pa. Eyang ngerti kok. Selamat ya sayang. Kamu udah nikah, udah ada suami." "Terima kasih eyang" "Kamu jaga suami kamu baik-baik ya sayang. Jaga kebajikannya. JIka kamu punya masalah, jangan sungan-sungan nelepon ke eyang disana ya." "Ya eyang. Aku ingat kok semua pesan eyang" Lantas, aku peluk eyang dengan eratnya. Jatuh air mataku saat itu. Eyang, doakan Diha selalu ya. Bisikku.

No comments:

Post a Comment